Thursday 15 November 2012

Sushi King Review

Assalamualaikum

Agak mengada tajuk entry ni, seolah2 aku ambik bidang culinary laa pulak nak buat review segala. Sushi King pulak tu haha. Aku buat review ni dek kerana suka sangat makan sushi lah ni kan. Semua pun nak try, tapi tak semua sedap. Memang ada juga yang rasa macam air mineral jaa, blend betul rasa. 

Kalau pergi mana2 shopping complex memang mata tu melilau cari kedai Sushi King. Tapi kalau kat Sabah, Sushi King yang popular di Center Point sebab senang nak cari kan di tingkat 4, Palm Square. Seriously, aku dengan kawan2 memang gila makan sushi. Sedap dan berbaloi2. Selalu cuba yang sedia ada tu, tapi last week nak try yang set punya. Kawan2 aku lah yang try, aku order lain. Nampak macam makan set, tapi sebenarnya ala carte haha.

Kalau makan di sushi king ni kena pandai pilih, kena pilih yang sedap, besar dan murah. Kalau mahal, tak semestinya sedap. Haaa,tu kena pandai pilih. Aku selalu kalau makan sorang tak sampai Rm20 sekali makan. Kenyang pulak tu. Selalunya kalau dalam 1 plate tu kuantiti sushi tu ada dua, so kawan aku satu, aku satu. Kalau harga RM6, sorang tiga hengget lah. Tak ker murah tuhh?


Ni makanan wajib kami, mesti order. Sangat sedap!

Tokuyaki! Di dalam ni ada sotong. Sedikit pedas, sebanyak sedap muahaha
Kena try! Sedap sedap sedap om nom nom~ 



12hb tu once again pegi makan sushi dengan kawan2 hehe. Kali ni kawan order yang satu set, harga Rm16.90. Ada nasi, sup, egg custard, black pepper fish. Sedap sangat black pepper fish tu tau! At first aku pun nak jugak laa order yang set ni kan. Tapi dalam satu set tu, tak semua sedap. Rugi lah kan, bayar mahal2, tapi tak habiskan semua. Custard tu bagi aku tak sedap. Kalau nak order yang a la carte, harga dia 4 ringgit. Rugi lah, tak sedap pon.

Bajet makanan aku kurang dari Rm20. Nasi aku order, fragrant fried garlic rice egg Rm4. Then order Tori Kushiage Rm6.90. Tori Kushiage, tengok yang panjang2 dalam gambar tu. Tori ni ayam, kat atas ada letak macam sambal yang manis plus mayonnaise. Gosh sedap!! Then order ikan, Sakana Fry Rm3.90. Ni lagi satu sedap! Untuk menambah selera makan yang dah sememangnya tinggi ni, aku order pulak Spicy Miso Sauce Rm 1. Alaaa, yang ni rasa sambal belacan jer pon. Tak pedas langsung, boleh di makan lah tak sedap sangat. Total makanan Rm 15.80! Murah tahap gaban okay untuk makanan yang sedap macam ni haha. Okay tapi tu belum tambah tax laa, but still murah kan. Cakap murah laa kan kalau ada duit, kalau hujung2 bulan, tambah pulak elaun belum masuk kawan hutang seringgit hari2 nak tagih haha.


Haaa, satu cara aku berjimat. Order Green Tea pun dah okay, free kan. Pandai2 laa cover, bagitau yang aku ni seorang yang sangat mementingkan kesihatan haha. Tapi betul, green tea memang baik untuk kesihatan. 

P/s : Ada sesiapa yang sudi belanja makan sushi king? Sila lah pm haha. Hantu sushi ada di sini. 

Thank you for reading!



No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata