Wednesday 16 January 2013

Come on lah, Malaysian

Assalamualaikum

Malaysian. Memang kita ni terkenal dengan budi bicaranya, sopan santunnya, lemah-lembutnya. Pendek kata, semua nya-nya-nya memang kita lah kan. Buktinya? Well bukti ada di dalam rukun negara yang ke 5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.Tapi ada satu tabiat Malaysian yang memang tak dapat di elak. 
Pelik. Hairan. Mensampah. 

Untuk dijadikan cerita ~ 

Suatu hari wahab, wahib dan wahub pergi ke cafe mereka untuk makan. Tengok dari jauh, memang ramai betul student queue. Okay lah, takpa lah mereka pun masuk ke dalam barisan, dan diikuti dengan beberapa orang lain yang berbaris di belakang mereka. Tiba-tiba, right in front of them ada two boys yang menerjah masuk ke dalam barisan dengan senyuman melebar hingga ke pipi. 

What?! Maybe diorang gembira sebab dapat potong barisan dan menikmati makanan dengan cepat dan jayanya. Tau apa yang wahab, wahib dan wahub buat? DIAM

Ini lah masalah dengan Malaysian. Ikrar rukun negara bukan main hafal lagi, tapi amalnya tidak. Mana sopan dan susila yang diperkatakan? Mungkin susah untuk manusia berbuat baik sesama manusia, tapi sekurang-kurangnya janganlah berbuat jahat. Nasib baik si wahab, wahib, wahub penyabar. Kalau kena dengan orang yang panas baran, konfem-konfem menikmati makanan hospital lepas tu. 

Tanggungjawab kita sebagai sesama Malaysian, ialah untuk menegur. Tepuk belakang si pemotong barisan dengan lemah-lembut. Try cakap. . . .

"Assalamualaikum, bang/kaka. Apa kabar? Lama dah berbaris sini??? @__@"

atau
                                                  
"wow bang/kak! Cantik betul lah abg/kaka punya cilok. cilok sana, cilok sini. Tapi kalau yaa pun teror cilok, boleh tak main cilok kat belakang saya? Ini queue saya. Terima kasih."

Kalau si pemotong tu dapat sedar kesalahan dia on the spot, mesti dia insaf dan berlari ke barisan belakang sambil menangis teresak-esak. Kalau time tu dia tak jugak berganjak, diamkan diri dan buat tak tau apa-apa. Sebab jauh di sudut hati si pemotong barisan tu, dia malu sangat dengan perbuatan dia dan in sha Allah perkara tu takkan berulang lagi. 

Penting sangat-sangat untuk kita tegur mereka-mereka yang kurang sense of guilty ni. At least bila kita tegur, mereka akan berhenti buat kesalahan yang sama. Sampai bila kita biarkan gejala ni merebak dalam kalangan Malaysian? Tu pasal memotong barisan di cafe, kalau sikap ni tak segera di ubah dan terbawa-bawa semasa memandu kereta, akan membawa kepada satu lagi masalah besar. Dan munkin akan meragut nyawa gara-gara si pemandu suka main cilok-cilok, potong-potong barisan. 

Mungkin benda ni awalnya kelihatan kecil, tetapi dari benda yang kecil ni lah timbulnya perkara yang lebih besar. Sampai tak dapat dibendung. 



p/s : Mood hari ni ialah serious dan berbahasa melayu baku bahahaha. Take note okay people! Proud to be Malaysian katakan~ 

Thank you for reading! 

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata