Wednesday 28 May 2014

Cadbury, why must have ngok2?

Assalamualaikum

Eya saudara saudari cikebom-cikebom, aku faham perasaan kalian macam mana. Hampa, kecewa, duka, semua berbaur dengan sebati sekali dalam dada. Perghh ayat kecewa terhadap cadbury macam ayat putus cinta, kecewa sangat lah pulok. Chocoholic macam aku memang kecewa dengar berita ni. Mana tidak, dari zaman sekolah rendah aku telan benda ni. Dalam buku biodata yang kita buat dulu-dulu, makanan kegemaran aku adalah samada 'masakan ibu' atau 'cadbury'. Selepas bertahun-tahun jawapan tu popular di dalam buku biodata kawan-kawan yang aku isi, tiba-tiba pulak ada dna ngok2. Bayangkan betapa terkejutnya perut ini? Oh by the way, aku lebih selesa bagi gelaran 'ngok2'. Lebih elok guna onoematopia daripada aku guna analogy yang mengarut atau lebih kasar. ngok2 kan sedap di dengar mehehe. 

Gempar 1 Malaysia bila disahkan baru-baru ni chocolate cadbury mengandungi DNA ngok2. When i heard about it, i wasn't really shocked because nowadays anything can happen. I didn't really expect this but people say, expect the unexpected. Dunia sekarang semakin menggila, ooh silap! orang di dunia sekarang semakin menggila. Memang macam-macam hal kita dengar sekarang. Not going too far, just look at where we live. Malaysia. Everyday on tv, twitter, facebook and etc, semakin banyak hal yang orang kita buat. Semakin ramai orang yang pandai, semakin ramai juga orang kurang pandai. Atauuu, orang sekarang ni terlebih pandai? wallahualam.

I write neither to judge nor complain. Aku tulis ikut apa yang aku dengar, apa yang aku nampak, apa yang aku baca. Makanan ada cop halal, tapi sebenarnya ada kandungan tidak halal. Bapa sembelih anak. Ibu dera anak sampai mati. Guru perkosa anak murid. Allah Allah Allah takut murka Allah. Macam-macam hal sekarang ni kan?

Ada pula baru-baru ni berlangsungnya ABP anugerah bintang popular. Orang sebok compare pakaian artis non-muslim dengan muslim. Artis non-muslim pakai tutup aurat, muslim tidak tutup aurat. siap post gambar dengan caption 'teka mana satu non-muslim?' Alamak hai, kenapa lah kita yakin sangat yang kita ni baik? Kenapa lah kita yakin sangat yang kita ni sempurna? Mungkin ya, solat 5 waktu. Mungkin ya, puasa sebulan penuh. Mungkin ya, tutup aurat dengan sempurna. Mungkin dia tidak solat, tidak puasa, tidak tutup aurat. Tapi ingat, Allah saja yang layak menghitung amalan kita semua. Siapa kita untuk tentukan syurga neraka mereka? sedangkan syurga atau neraka kita pun kita belum tau. Kita disuruh untuk saling berpesan-pesan. ulang suara, berpesan-pesan. Bukan saling hina-menghina. Cukuplah kita tegur secara baik dan berdoa semoga Allah bukakan pintu hati mereka atau mungkin pintu hati kita sendiri.

Berbalik kepada cerita cadbury, bila orang-orang kita melatah pasal dna ngok2, sedih hampa kecewa terkejut, ada pula pihak yang mula bandingkan cadbury dengan benda-benda lain. contohnya, 'cadbury ada dna ngok2, tau pula haram. habis dedah aurat tu, tak haram?' Bagi aku yang masih merangkak menuntut ilmu ni lah kan, aku suka bila kita ambil kisah tentang benda ni. Sebab benda yang haram kita makan, akan menjadi darah daging kita. Kalau benda haram sudah masuk dalam badan, alamatnya memang susah lah. Okay lah tu kalau orang ambil kisah tentang hal tu, tidak perlu lah kita selitkan benda lain. Kalau cerita tentang makanan, makananlah. Aaa nanti kalau orang cerita pasal aurat, baru kita cakap pasal aurat. Kan dua benda yang beza tuuu. At least ada juga perintah Allah yang kita ambil kisah. Nanti semakin lama kita tambah lagi perintah Allah yang kita perlu buat. Mungkin mula dari jaga makanan, lepas tu jaga aurat, lepas tu jaga solat. Alahh cukup lah kita sekadar memberi nasihat, tidak perlu bercakap tentang dosa orang lain. Nanti kita tambah dosa, dosa mengumpat. Na'uzubillah.




Very beautiful saying. Tegurlah cara hikmah, cara Rasulullah. Bak kata Fynn Jamal, tidak perlulah sampai menerajang maruah orang. Cukuplah kita sekadar membenci perbuatan yang salah dan menjadi pengajaran untuk diri sendiri. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Maaf kalau ada terkasar bahasa dan terlanjur di sini sana.


Thank you for reading!

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata