Friday 13 June 2014

Just another thought

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, blog ni sudah pun mempunyai wajah baru. Contohnya background telah pun di tukar daripada pattern stripes ke tribal style. Header pula ditukar daripada gambar aku sebesar skrin ke wajah kartun yang bersanggul diambil dari blog lyssa faizureen. Sebab kalau bab hias blog skill aku memang low pasal tu header pon ambil dari link orang bagi...Ok abaikan bab kelemahan aku yang satu tu.

Sebenarnya blog ni sudah wujud agak lama, kalau x salah since 2011 iaitu masa aku mula-mula masuk IPG Gaya. So dalam 3 tahun laa lebih kurang kan..tapi dalam masa 3 tahun tu entry aku sikit yaa amat..sebab aku bukan lah penulis yang talented sebenarnya. Dan aku bukan penulis yang boleh buat orang ketawa  berdekah-dekah atau jatuh tersungkam dari kerusi akibat daripada kata-kata lawak yang aku tulis..memang tidak . Tapi aku sukaaaa sangat share  benda yang aku buat, aku nampak, aku experience, aku rasa dan aku fikir.

So kebanyakan benda yang aku share memang selalu merapu. Tapi mungkin ada beberapa fakta yang berguna..mungkin..tu pun aku google hahaha. Hal yang buat aku berminat buat blog at first is because I like sharing stories. Secondly is because I talk a lot like a lottt! So bila aku rasa ada masa lapang atau boring macam sekarang ni aku akan update blog dan cerita apa-apa hal yang aku rasa sesuai dengan mood aku time tu..tapi x pasti lah kalau sesuai dengan mood kamu semua time tu kan. Tapi aku sedar yang blog bukan saja tempat untuk bercerita pengalaman atau buah fikiran, tapi kita boleh buat as a medium untuk menyampaikan kebaikan atau ilmu.

Masa zaman Rasulullah dulu, Rasulullah berhijrah untuk menyampaikan dan membawa agama Allah, Islam.  Wanita-wanita hebat zaman dulu berpeluang berjihad di jalan Allah, sama juga dengan sahabat-sahabat Rasulullah. Kalau ustaz ustazah sekarang boleh bagi tazkirah atau ceramah bertujuan untuk menyampaikan ilmu. Jadi aku terfikir, sebagai khalifah di bumi Allah apa yang aku boleh lakukan. Yang pasti aku tidak sehebat tokoh-tokoh wanita zaman dahulu, tidak sebaik ustazah dan tidak banyak ilmu agama.

Mungkin..blog is the solution! Well sekarang pun orang rajin online kan. Almost 24 hours tangan pegang phone mata mengadap phone. Sebenarnya semua orang pun tau yang media social is one of the best way  nowadays to share everything. Now we have facebook, twitter, blog. Ohh yaa wechat, whatsapp, line, kakao etc. Ada orang berpendapat, yang we don’t have to post Islamic things pun sebab people will have this one perception yang if you update Islamic things, that means you alim. Some people also have the habit of judging people based on facebook’s posts. Di luar tidak laa alim sangat tapi facebook post semua benda baik-baik. Aku pun pernah sebenarnya terfikir benda tu tidak lama dulu. Sekarang ni kalau terlintas hal begitu cepat-cepat istighfar. Jangan bersangka buruk x baik.

Tapi insyaa Allah aku akan selalu teringat kepada satu kata-kata ni yang boleh buatkan kita semangat untuk buat kebaikan. The saying goes as, kita tidak tau mana satu amalan kita yang Allah terima dan akan selamatkan kita di akhirat kelak. Mungkin solat kita, mungkin puasa kita, mungkin sedekah kita, mungkin masa kita tolong orang tua di jalan, mungkin masa kita tolong kutip sampah di jalan, mungkin masa kita bagi kucing makan, mungkin masa kita bagi kawan kita air minuman, mungkin satu post di facebook yang buatkan satu jiwa terdetik untuk berubah. Allah. Semua tu rahsia Allah yang kita tidak tahu, hanya Allah. Biarlah kita jadi hamba yang berlumba-lumba buat kebaikan supaya Allah sayang kita. Kita dengan Tuhan kita umpama bayi yang merengek minta susu dengan ibu. Biarlah kita jadi hamba yang merengek-rengek nangis-nangis minta supaya Allah terima semua ibadah kita, minta supaya Allah ampunkan kita. Aku teringat satu kata-kata kawan aku, biarlah kita menangis di dunia jangan menangis di sana.

Aku pernah nampak satu post di facebook yang kata, kalau hati tu sudah keras airmata pun susah untuk keluar. Rasulullah SAW pun berpesan supaya kita menangis bila baca Al-Quran, bahkan Rasulullah suruh kita paksa untuk menangis kalau tidak boleh menangis. Airmata tu melambangkan bahawa hati kita masih lembut. Jadi jangan segan untuk menangis depan Allah sebab kita memang sewajarnya menangis di depan Pencipta setelah banyak berdosa.


Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil, ni’mal maula wa Ni’man Nashir. Insyaa Allah cukup hanya Allah untuk kita... =)



Thank you for reading! 

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata