Saturday 1 December 2012

Nak kahwin . . .

Assalamualaikum


Agak segan silu pulak cakap dengan mama, 'nana mahu kahwin'. Eh tu bayangan dalam masa 5 tahun akan datang laa, agak2 laa nak kahwin sekarang. Bersepah gigi atas lantai kalau aku cakap macam tu dengan mama sekarang. Wahai bakal imamku, maafkan aku kerana aku tidak sempurna . . . =,= I really cannot brain all those sentences. 

I don't know, is early marriage is a trend nowadays? And, its been kinda trending topic among youngsters now. At the age of 17 after SPM saying, "Why I haven't find my Mr.Right yet?". I was like, hey kiddo you're just finished your SPM then why don't you think about your result first and where to pursue your study. Shouldn't you? I'm also a teenager, at the age of 19. And I would like to ask all of us to enjoy our teen's life first ! Yeah ~ 

Jodoh di tangan Allah, dan telah ditetapkan masa kita dalam rahim lagi. Then, tak payah laa runsing-runsing, sedih-sedih kot. Tapi aku ada terbaca dalam satu blog ni yang bunyinya jodoh dah ditentukan, hanya doa boleh mengubahnya dengan izin Allah, in sha Allah. So, la tahzan tentang jodoh atau bakal imam. Doa lah banyak-banyak, toksah dok meraung, termenung mengenang nasib.

Bagi kita yang masih bergelar remaja ni, bersabarlah sebab akan tiba masanya orang yang sesuai datang. Semua berlaku pada masa yang sesuai, memang dah Allah tentukan kan. Tapi pada sapa-sapa yang dah kahwin tu, aku ucapkan tahniah.

Pada orang-orang dewasa, jangan lah asyik tanya bila kahwin. Aku agak nebes dan rimas lah selalu kena tanya soalan tu. Hari tu aku buat ujian darah, to make sure yang darah aku bersih daripada penyakit thalassemia and . . .

Nurse : Umur berapa? 
Aku : 19
Nurse : Oh sesuai sangat lah buat ujian ni. Mana tahu tahun depan kahwin hehehe
Aku : heee
Nurse : Ada boyfriend dah?
Aku : Emm? Hee
Nurse : Boleh kahwin lah tu tahun depan
Aku : Eh jangan dulu. Habiskan study dulu. Ada 4 tahun lagi study. Kerja, pastu baru kahwin.
Nurse : hehehe

Apakah? Jangan lah encourage kami ni kahwin awal. Orang mau study lagi ni makcik. Ada satu kes lagi, kawan aku sorang terjumpa dengan kawan yang sorang bersama dengan ibunya. Kawan kami yang sorang tu dah kahwin, mak dia tanya kawan aku bila lagi nak kahwin sebab anak dia dah kahwin. Adakah perlu untuk promote semua anak-anak muda untuk kahwin bila anak anda dah kahwin makcik? Once again I cannot brain and digest this. 

Takkan lari gunung dikejar, kejar lah masa dan cita-cita dahulu. Masa takkan pernah sesaat pun menunggu kita. Masa muda-muda ni lah kita berebut-rebut nak capai impian masing2. Belajar rajin-rajin adik2 sekalian, rebut lah peluang pekerjaan yang kian susah direbut sekarang ni. Because time and tide wait for no men. Eh eh macam tiada kaitan wakakaka.

Haa ni aku nak share doa untuk remaja2 yang tengah bercinta atau baru putus cinta. Dapat dari blog orang lain ni hehehe. 

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang 

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Ya Allah Ya Tuhanku
Yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannga jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin…amin…ya rabbal alamin….



Memandangkan entry kali ni agak samar-samar, so gambar pun haruslah kabur bahahaha. The point is, relax and be patience.

Thank you for reading ! 

2 comments:

bila mereka berkata-kata