Monday 31 December 2012

Welcoming 2013

Assalamualaikum

Hello anybody there? Macam lama sangat blog ni tak berpenghuni. Sampai jugak lah 40 hari ditinggalkan. Nasib baik tiada makhluk halus yang nak huni. Lagi pon bukan diorang boleh masuk dalam alat elektronik pun kan. Eh eh awal-awal lagi cari pasal dengan makhluk halus macam berani sangat. Walhal kalo nak minum tengah malam, bangunkan adik, "weyh, minum jum!" bahahaha. 

Sebenarnya aku excited sangat untuk masuk ke tahun 2013 ni. Sebabnya aku bakal mencecah ke usia 20-an! Patut kah bangga atau aku sepatutnya berasa runsing? Kalau ikut tarikh birthday memang lama lagi lah nak mencecah usia 20 tahun. Apa yang lebih meng-excited-kan, aku bakal masuk ke degree year! Degree year means more allowance babyy~ Plus, more pressure and tasks. But who cares, dapat duit kerja pasti dapat jalan mah~ 

Kalau ikut amalan nenek moyang kita dulu-dulu, setiap kali new year mesti diorang akan mandi di laut atau sungai. Tujuannya adalah untuk buang sial. Eh ada lagi orang buat macam tu sekarang ni? Kalau orang Islam dilarang buat amalan macam ni, ni amalan khurafat ni tak elok. Tapi sesiapa yang kebetulan tengah check-in dekat mana-mana hotel sekarang ni, boleh lah mandi kolam. Dengan niat bukan untuk buang sial, tapi untuk buang tabiat muahahaha. Buang tabiat pun mesti pasang niat gitu~ 

Apa yang aku dah buat dan lalui sepanjang 2012 ni? Banyak sangat sampai tak terlarat buat list panjang-panjang. Perkara-perkara yang aku rasa penting untuk aku ingat ialah, I had an accident for the first time! I broke up with my ex-boyfriend! My best friend was sick and we took care of her! (Perlukah semua ada exclamatory mark?) I passed my exam to get in to degree years! I got a real best friend, for real! Tahun ni banyak dapat barang dari orang! Hujung-hujung tahun ni ramai kenal orang baru and I'm happy having them in my life! Paling penting, aku ada beberapa orang haters tegar! Bukan nak sombong lah kan, tapi last year hidup aku boring sebab tiada orang benci aku secara terang-terangan. Adakah tahun ni aku dah jadi jahat? Atau tahun ni adalah tahun untuk saling membenci? No like seriously, so much drama tahun ni. 

For my family, thank you for being here for me. To be the only daughter isn't easy. Kerap kali dibuli oleh le' brothers. Tapi kami tetap rock! *rock lah sangat* Kawan-kawan ku yang tercinta, aku sayang kamu sangat-sangat. Thank you for still being here even after knowing the real me mehehehe. For haters, aku tahu ada sebab kenapa diri ini dibenci. Dan tak salah untuk sesiapa membenci sesiapa sahaja. Hak masing-masing kan. "Weyh kau kenapa kau tak suka aku hah?? Belasah kang" takkan lah nak peras ugut pula kan supaya orang suka kita. Kalau aku annoying bagi kamu, aku minta maaf. But this is me baby. And for me, I got no time to hate people because I make use of my time to love myself and important people in my life. Let the judgmental people make their judgment lah kan. Dari lubuk hati yang paling dalam, aku minta maaf pada sesiapa yang terasa dengan perbuatan atau perkataan aku sebelum ni. Settle? 

            ***********************************
Hey 2013! Selepas ura-ura yang mengatakan dunia akan berakhir tahun 2012, tak disangka-sangka bertemu jua kita. Ni orang mayan  ni pandai-pandai buat kontroversi. Lepas tu konon, kiamat ditunda ke tahun 2015 sebab diorang salah tengok tarikh apa ke jadahnya. 

Tak banyak azam tahun ni. Apa yang penting ialah azam untuk perbaiki diri. Dari segi pergaulan, pakaian, perbuatan, percakapan, hati dan fikiran. In sha Allah, semoga dipermudahkan dan ditetapkan hati ni. Ni bagitau bukan show off, cuma kalau ada masa-masa aku terlupa azam aku ni, tolong-tolong lah ingatkan. Makaseh~ 
Ni paling penting! Tolong jangan buang sampah merata tempat. Sayang tau alam kita~ 

Do self reflection, so I wont keep on doing the same mistakes
Sayangi adik anda walaupun mereka selalunya annoying sampai tahap nak bunuh diri sendiri
Jangan pandang belakang~ Terus maju ke hadapan! 

Happy New Year everyone! Semoga tahun 2013 akan jadi lebih baik untuk kita semua. Dipermudahkan urusan kita, mendapat rezeki yang melimpah, berjumpa dengan orang-orang yang baik dan dijauhkan dari orang-orang yang berniat jahat. Mari lah kita saling sayang-menyayangi, bukan sayang boyfriend atau girlfriend sendiri saja okay? hehe. 


Thank you for reading!

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata