Saturday 9 February 2013

On nom nom

Assalamualaikum! 

Sila jawab salam seolah-olah ada exclamatory mark di belakang jugak okay mehehehe. Anyway, happy chinese new year for those who are celebrating. Sepatutnya aku pon celebrate jugak ni sebab darah datuk aku ialah darah cina tulen tiada bahan campuran. Serious aku tak tipu. Datuk aku asal dari Hong Kong. Terus pasang angan-angan untuk cari family di Hong Kong, sapa tau kot-kot ada kaitan dengan Gigi Lai. Siapa Gigi Lai? Adakah duta berus gigi? Oh tidak tidak. 


Tengok gigi memang cantik. Mungkin betul laa, duta berus gigi. Eh tu memang nama dia laa haha. Sama tak muka kami? Memang pon tak sama. *pfffft

Merapu? Memang pon. Kalau elaun kami dah keluar, aku yakin aku tak mungkin menghadap laptop dan membuang masa log in fb. log out. log in. log out. Stress you know di rumah and do nothing. Dah lah cuti seminggu.

Ouh yaa, haritu aku google Rainbow Cake Recipe and pasang niat nak buat cake! Uhh semangat semacam. Sebab kalau aku tak buat, macam mana aku nak merasa cake tu kan? At last, aku dapat merasa Rainbow Cake! Sedapp~ 

Tapi last-last, bukan aku buat pon~ Bahaha. Tapi tak kisah laa, beli atau buat, yang penting memang sedap. Paling penting, makan di Sutera Harbour, Sabah 5 Star Resort. Okay okay. Jangan riak. 

Aku tak lah mengada-ngada sangat sampai pergi Sutera Harbour semata-mata untuk Rainbow Cake. iolls ada urusan sri paduka baginda. Eh eh, apa yang penting sangat sampai ada urusan di sana? Okay. I urus venue for our Tesl Night this year. Thats why berkejar-kejar ke hotel-hotel yang terdapat di kawasan Kota Kinabalu ni okay. Semata-mata untuk mendapatkan tempat yang selesa dengan harga yang murah. Terpaksa laa tebalkan muka. Hengkau Hengat Sehnangg? 


Sedap tak sedap? kihkihkih. And and and, haritu tiba-tiba teringin makan Turkey Pizza di Grace Point,Sembulan. Dalam pemahaman anda, aku pergi Grace Point semata-mata untuk pizza bukan? bukan bukan salah salah. Aku pergi Grace Point untuk makan nasi. Lepas makan nasi, masuk kedai bake, nampak Turkey Pizza. Ohmaigadd! Sedap! Order! Makan lagi! Om nom nom nom. 



Actually time tu aku order Carrot Juice. Tapi waiter tu tak dengar aku sebut Jus Lobak Bersusu. Mungkin, dia just dengar Jus Lobak @#$%^&*. So otak dia sekadar proses maklumat Jus Lobak dan tinggalkan informasi @#$%^&*. Why U NO Ask Me Again What is @#$%^&* ??? Ahhh aku terus merasa sihat dengan meminumi jus lobak yang rasa 100% lobak. Mata semakin terang sehingga boleh melihat lorong2 gelap, bak kata aten. 

Oh adakah aku pernah mengaku yang aku penggemar Chocolate and Cheese?? Okay tak penting pun. 



Sorry entry merapu. *Lepas habis tulis entry, baru cari-cari title yang sesuai bahahaha* 

Thank you for reading! 

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata