Tuesday 25 March 2014

Meh cikgu nak ceciter

Assalamualaikum

Selamat bercuti sekolah semua! Golek sana golek sini tup tup tinggal 4 hari ja lagi sebelum cuti sekolah habis. Kenapa minggu yang best sangat cepat berlalu? kenapa! Mood meroyan pun mula ambil alih bila tengok ada lambakan assignment di sudut hujung bilik berdekatan dengan tong sampah berwarna pink yang berlubang-lubang tetapi diselamatkan oleh beg plastik sampah berwarna hitam yang kadang-kala ditukar kepada warna lain seperti putih, merah, kelabu dan kuning, tidak lupa juga warna biru air laut. Wah ni stress tahap plastik sampah colorful ni bahahaha. 

Actually point yang aku mahu sampaikan ialah terlalu banyak assignment to be submitted week after holiday. Yet I haven't started anything like seriously not even one thing. 'Rilek brader brader rilek' masih jadi pegangan aku sepanjang musim assignment mehehehe. 

Last week was our School Based Experience phase 3, and I went to SK Kalang Kanar, Tenom. Tenom is the town where I was born and grew up til I was 3 years old before moving to the peninsular Malaysia. I tell you what, sekolah ni sangat best sampai aku terfikir maybe one day I want to teach there. 

First day I was given the chance to talk at the assembly, first time ever. Past two SBE before, I went with my two friends and we had never talk in front of the students during assembly. But this one, when I did it by myself the school gave me the chance. And I like it. A bit nervous but successfully been covered up.

My five days at that school was super awesome because the teacher and students and even makcik canteen pun baik gila peramah. Habis kuota perkataan aku balik dari sekolah bahaha. Kerja budak-budak yang pergi SBE tidak lain tidak bukan, jadi guru ganti kalau ada cikgu yang tidak datang. Peliknya kadang-kadang cikgu ada pun kena ganti juga mihihihi. 

When i entered a class, of course i did not teach them. Buat aktiviti dengan budak-budak supaya budak-budak tidak hilang kawalan emosi dan mula berlari-lari di kawasan sekolah. Kids are too cute and they are too innocent. 

When we were talking about MH370 while listening to sad music from my laptop (year 2) : 
Isaac : Teacher, saya sakit kepala
Aku  : Aikk sakit kepala kenapa? 
Isaac : Sakit kepala fikir di mana kapal tu
jasica : Kau ni, macam lah kau yang dalam kapal tu 
Aku : Aww so cute! Hahahahaha lol 

Satu kejadian di kelas yang sama sewaktu budak-budak tu sibuk buat kad untuk MH370 : 
Isaac : Teacher, MH370 ni dalam laut kan? 
Aku : Eh belum tau lagi lah. Kita doakan lah yang baik-baik untuk diorang 
Jasica : Jangan cakap sembarangan! Kalau polis dengar nanti kau kena tangkap 
Isaac : Ok lah ok! 

Di rumah, aku pun tengok-tengok lah kad-kad yang budak-budak ni buat. Tiba-tiba mata aku tepat tengok kad yang dibuat oleh Caroline. Ucapan doa tu sangat. Entahlah, berbunyi begini "Selamatkanlan kapal yang jatuh itu di dalam laut". Aku sebagai teacher aku faham maksud yang ingin disampaikan, tapi aku tetap rasa ucapan tu sangat epic bahahaha. 



Tapi satu kebahagiaan bila jadi cikgu ialah kita akan disayangi oleh anak-anak murid kita. Last day aku di sekolah, dari awal pagi budak-budak darjah 2 dan 4 approached aku di bilik guru. Masa rehat diorang kumpul depan bilik guru untuk say thank you for gift yang aku bagi diorang. Padahal gift tu tidak lah seberapa pun. Then masa balik sekolah diorang kumpul lagi dan salam siap nangis lagi. Bila aku naik kereta, aku lalu depan budak-budak tu, they kept on waving their hand until I couldnt see them anymore. Rasa sangat disayangi. 

Teacher jangan balik
Teacher jangan pindah 
Teacher jangan lupa nama kami 
Teacher nanti balik lagi mengajar sini 
Teacher kami semuaa sayang teacher 
Teacher terima kasih
Teacher kami minta maaf kalau kami ada buat salah 

Aww dear, you have done nothing wrong to me that you don't have to say sorry. I'm the one who should thank all of you for the experience that you gave to me. Kamu bagi kerjasama lebih dari yang teacher harapkan. Kamu mungkin akan lupa teacher satu hari nanti, atau mungkin kamu sudah lupa teacher. Maklumlah cuti sekolah kan hehehe. Teacher akan sentiasa doakan kejayaan kamu semua. 

Teacher x lupa bila kamu semua berjaya pujuk cikgu penolong kanan supaya x jadi masuk kelas BM sebab kamu mau teacher yang masuk. Cikgu tu pun senyum-senyum ja masa dia suruh teacher masuk kelas kamu. Good memories dear, tastes sweet.




Thank you for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

bila mereka berkata-kata